Kerajaan negeri Selangor meminta semua penduduk yang tinggal di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor serta kawasan berhampiran untuk sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan amaran fenomena air pasang besar.<br /><br />Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata amaran berhubung fenomena itu telah dihebahkan kepada umum bermula Jumaat, dengan jangkaan paras air pasang besar akan melebihi ketinggian lima meter.
